Tuesday, January 24, 2017

FAQ

Semak terlebih dahulu FAQ berikut

UMUM
  • Siapakah Tronexus?
    Tronexus adalah sebuah organisasi yang menjalankan modul program rujukan di bawah Tronexus Global Sdn Bhd dan merupakan subsidiari syarikat Talk Focus Sdn Bhd. Sebahagian besar daripada perniagaan kami terdiri daripada menyediakan penyelesaian teknologi dan gaya hidup berhubung dengan telekomunikasi dan produk perniagaan.
     
  • Bolehkah saya menaikan taraf pakej keahlian saya?
    a) Ya, anda boleh. Terdapat 3 cara untuk menaik taraf:
    b) Naik taraf melalui pembayaran online, melalui bank transfer atau memotong daripada mata bonus anda.
     
  • Berapa lama masa yang diambil untuk memproses keahlian?
    1 hari Bekerja
     
  • Apakah nombor talian pusat khidmat pelanggan Tronexus dan waktu operasinya?
    a) 1-300-800-188
    b) cs@tronexus.com
    c) Waktu operasi: Jam 09:00 - jam 6:00 petang pada hari biasa, tidak termasuk cuti umum dan cuti umum gantian
PENDAFTARAN
  • Bagaimana untuk mendaftar Tronexus?
    a) Klik pada 'Daftar Sekarang'.
    b) Pilih sama ada untuk mendapatkan nombor baru atau menggunakan ('port-in) nombor sedia ada.
    c) Lengkapkan semua maklumat diperlukan.
    d) Lampirkan imej salinan Kad Pengenalan.
    e) Maklumat IC perlulah sama seperti maklumat pendaftaran Akaun.
    f) Buat Bayaran.
    g) Selesai. Kad SIM anda akan dihantar kepada anda selepas 3 hari bekerja.
    Walau bagaimanapun, anda boleh mulakan perniagaan anda sebaik sahaja akaun anda diaktifkan (1 hari Bekerja).
     
  • Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses pendaftaran?
    1 hari Bekerja
     
  • Apakah syarat-syarat pendaftaran?
    a) Mesti berumur 12 tahun dan ke atas
    b) Salinan kad pengenalan/passport
    c) Akaun Bank yang dimiliki sendiri
     
  • Bagaimana untuk merujuk kawan-kawan anda untuk mendaftar?
    a) Anda boleh menyalin pautan rujukan kepada mereka
    b) Anda boleh menghantar e-mel/berkongsi pautan di media sosial kepada mereka
    c) Anda boleh melaksanakan pendaftaran secara manual
     
  • Bagaimana saya boleh memilih Nombor VIP sekiranya saya membeli Premium T.A.S.K
    Pilih Nombor VIP dari senarai/carian Nombor semasa pendaftaran dibuat.
AKAUN AHLI TRONEXUS
  • Bagaimana saya boleh log masuk ahli akaun Tronexus?
    a) Setelah menjadi ahli, layari Laman Web Keahlian yang dinyatakan kepada anda.
    b) Masukkan ID Ahli Tronexus anda (nombor telefon bimbit Tronexus) dan kata laluan.
     
  •  Bagaimana untuk menyemak rangkaian saya?
    a) Masuk ke Laman Web Keahlian
    b) Masukkan ID Ahli anda (Nombor telefon bimbit tronexus anda) dan kata laluan.
    c) Klik "Rangkaian", kemudian pilih "Urus Rangkaian" atau "Treeview Rangkaian".
     
  • Bagaimana untuk menyemak transaksi Mata Bonus?
    a) Masuk ke Laman Web Keahlian
    b) Masukkan ID Ahli anda (Nombor telefon bimbit tronexus anda) dan kata laluan.
    c) Klik "Dompet", kemudian pilih "Urus Mata Bonus".
     
  • Bolehkah saya mendapat bayaran balik keahlian saya, jika saya membatalkannya?
    Tidak, anda tidak boleh.
BONUS
  • Apakah keperluan minima untuk mendapatkan Bonus Prestasi?
    a) Tambah nilai sebanyak MYR 10 setiap bulan untuk ahli T.A.S.K Basic
    b) Tambah nilai sebanyak MYR 30 setiap bulan untuk ahli T.A.S.K Standard
    c) Tambah nilai sebanyak MYR 50 setiap bulan untuk ahli T.A.S.K Premium
     
  • Apa yang anda boleh lakukan dengan bonus yang diperolehi?
    Samada anda boleh menukarkannya kepada wang tunai, menebus baucar dan menebus untuk tambah nilai
     
  • Adalah "Pemindahan Masa bual" dianggap sebagai Tambah Nilai?
    Tidak. Anda boleh memindahkan kredit masa berbual dengan mana-mana pelanggan Tronexus, bagaimanapun ia tidak akan dianggap sebagai tambah nilai.
     
  • Bagaimana untuk mengeluarkan mata bonus anda kepada wang tunai?
    Samada anda boleh pergi ke Ibu pejabat Tronexus atau mengeluarkan melalui sistem Tronexus.

  • Bagaimana untuk mengeluarkan mata bonus anda?
    Sistem Tronexus
    i. Anda sekarang boleh melakukan pengeluaran pada mana-mana hari bekerja.
    ii. Pengeluaran tunai anda akan diuruskan dalam tempoh 3 hari pekerjaan.
    Permohonan yang dibuat selepas jam 5 petang akan diproses sebagai permohonan hari bekerja yang berikutnya.
     
  • Adakah terdapat apa-apa caj untuk pengeluaran?
    Ya, anda akan dikenakan bayaran MYR 3 untuk setiap transaksi.
MOBILE NUMBER PORTABILITY (PERPINDAHAN/PERTUKARAN KE TRONEXUS)
  • Apakah syarat-syarat peralihan nombor ke Tronexus?
    a) Anda mestilah berumur 12 ke atas.
    b) Anda mesti mempunyai MyKad/Passport untuk pengesahan.
    c) Jika anda menggunakan pascabayar, anda perlu menyelesaikan semua bayaran terhutang / tertunggak dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda.
    d) Anda tidak terikat kepada apa-apa kontrak dengan pembekal perkhidmatan sedia ada.
    e) Talian mudah alih semasa anda masih aktif.
    f) Anda tidak disenaraihitamkan daripada mana-mana pembekal perkhidmatan mudah alih.
     
  • Bolehkah saya mendapatkan orang lain untuk mengemukakan permintaan saya?
    Tidak, hanya pemilik nombor telefon bimbit yang sah dibenarkan
     
  •  Adakah saya dapat untuk membuat panggilan selepas mengemukakan permintaan saya untuk beralih kepada Tronexus?
    Ya, talian anda akan terus beroperasi sepanjang proses pengalihan nombor. Anda akan dinasihatkan untuk menggantikan kad SIM anda sebaik sahaja proses itu selesai.
     
  • Saya sedang beralih kepada Tronexus daripada perkhidmatan prabayar lain. Adakah saya akan kehilangan semua kredit saya daripada akaun prabayar semasa saya?
    Ya, baki kredit anda tidak akan dipindahkan apabila anda bertukar kepada Tronexus. Kami menasihatkan anda untuk menggunakan ke semua kredit anda tetapi mengekalkan RM1 sebagai kredit minima sebelum pemindahan ke Tronexus.
     
  • Adakah saya perlu membatalkan perkhidmatan sedia ada sebelum saya masuk ke penyedia perkhidmatan baru?
    Tidak, anda tidak perlu. perkhidmatan sedia ada anda dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa secara automatik akan ditamatkan sebaik sahaja anda berjaya dialihkan kepada penyedia perkhidmatan yang baru.
     
  • Adakah saya perlu menggantikan kad SIM saya?
    Ya, anda perlu menggantikan kad SIM semasa anda dengan kad SIM Tronexus baru selepas proses peralihan itu selesai.
     
  • Adakah akan terdapat apa-apa kegagalan semasa peralihan / pertukaran ke Tronexus?
    Ya, permintaan anda mungkin akan ditolak oleh pembekal perkhidmatan mudah alih semasa anda jika:
    a) Anda mempunyai bil tertunggak / tertangguh.
    b) Anda disenarai hitam oleh pembekal perkhidmatan sedia ada.
    c) Anda masih terikat dengan kontrak dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda.
    d) Butir-butir pengenalan diri ahli adalah tidak betul / tidak lengkap.
    e) Talian semasa anda tidak lagi aktif.
    f) Anda tidak memberikan senarai penuh talian tambahan.
    g) Atau sebab-sebab yang lain
     
  • Adakah saya akan menerima sebarang pembayaran balik jika proses peralihan itu gagal?
    Tidak, Tiada bayaran balik bagi yuran pemprosesan yang telah dilakukan. Semak terlebih dahulu dengan operatpr sedia ada anda dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan mereka sebelum membuat peralihan / pertukaran.
     
  • Berapakah kos untuk beralih kepada Tronexus?
    a) Tiada caj dari pengguna Tron ke Tronexus.
    b) Yuran pemprosesan RM10 akan dikenakan bagi pengguna yang beralih daripada operator lain.
     
  • Adakah terdapat keperluan kredit minima untuk beralih kepada Tronexus?
    Ya, anda akan memerlukan kredit minima RM1 untuk bertukar ke Tronexus bagi pelanggan prabayar.dari operator lain.
     
  • Adakah terdapat apa-apa bayaran penalti jika saya mengambil keputusan untuk beralih keluar dari Tronexus?
    Tidak, tidak akan ada bayaran penalti jika anda memutuskan untuk beralih keluar dari Tronexus. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya 30 hari diperlukan sebelum peralihan kepada operator lain dan keahlian Tronexus anda akan ditamatkan.
     
  • Siapakah yang perlu saya hubungi untuk sebarang pertanyaan dan bantuan?
    Anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Tronexus di 1-300-800-188 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan dari jam 9 pagi hingga 6:00 petang pada hari bekerja (tidak termasuk cuti umum dan cuti umum gantian)
     
KAD SIM DAN TAMBAH NILAI
  • Apakah yang akan berlaku jika saya tersalah letak / kehilangan kad Tronexus SIM saya?
    Anda perlu pergi ke Pejabat Tronexus untuk mendapatkan kad gantian. Sila ambil perhatian bahawa bayaran mungkin dikenakan atas penggantian. Kad gantian hanya boleh dilakukan untuk nombor mudah alih yang telah diaktifkan.
     
  • Bolehkah saya melakukan tambah nilai di luar Tronexus?
    Ya. Anda boleh membuat tambah nilai anda di 7 -eleven, stesen minyak, dan lain-lain.
     
  • Berapa yang saya boleh tambah nilai?
    a) MYR 10
    b) MYR 30
    c) MYR 50
    d) MYR 100
     
  • Apakah kredit tambah nilai?
    Anda boleh mengkreditkan sejumlah wang dan menyimpannya di dalam akaun anda. Wang itu boleh digunakan untuk membuat tambah nilai untuk masa depan dengan menolak kredit dari akaun anda.
    Kredit minima adalah RM 100, kredit maksima adalah MYR 3000

No comments:

Post a Comment