Tuesday, January 24, 2017

PENERANGAN LENGKAP TRONEXUS (VIDEO)


MUAT TURUN BROCHURE PRODUK





DAFTAR








Sertai

Daftar dan Bayar secara dalam talian.
Kad SIM dan risalah berkaitan akan dihantar terus kepada anda melalui kurier.

DAFTAR SENDIRI


atau 

tinggal Nama dan No Telefon anda di ruangan komen dan saya akan hubungi anda

atau

daftar maklumat anda di

untuk keterangan lanjut

whatsapp : 01150027484

FAQ

Semak terlebih dahulu FAQ berikut

UMUM
  • Siapakah Tronexus?
    Tronexus adalah sebuah organisasi yang menjalankan modul program rujukan di bawah Tronexus Global Sdn Bhd dan merupakan subsidiari syarikat Talk Focus Sdn Bhd. Sebahagian besar daripada perniagaan kami terdiri daripada menyediakan penyelesaian teknologi dan gaya hidup berhubung dengan telekomunikasi dan produk perniagaan.
     
  • Bolehkah saya menaikan taraf pakej keahlian saya?
    a) Ya, anda boleh. Terdapat 3 cara untuk menaik taraf:
    b) Naik taraf melalui pembayaran online, melalui bank transfer atau memotong daripada mata bonus anda.
     
  • Berapa lama masa yang diambil untuk memproses keahlian?
    1 hari Bekerja
     
  • Apakah nombor talian pusat khidmat pelanggan Tronexus dan waktu operasinya?
    a) 1-300-800-188
    b) cs@tronexus.com
    c) Waktu operasi: Jam 09:00 - jam 6:00 petang pada hari biasa, tidak termasuk cuti umum dan cuti umum gantian
PENDAFTARAN
  • Bagaimana untuk mendaftar Tronexus?
    a) Klik pada 'Daftar Sekarang'.
    b) Pilih sama ada untuk mendapatkan nombor baru atau menggunakan ('port-in) nombor sedia ada.
    c) Lengkapkan semua maklumat diperlukan.
    d) Lampirkan imej salinan Kad Pengenalan.
    e) Maklumat IC perlulah sama seperti maklumat pendaftaran Akaun.
    f) Buat Bayaran.
    g) Selesai. Kad SIM anda akan dihantar kepada anda selepas 3 hari bekerja.
    Walau bagaimanapun, anda boleh mulakan perniagaan anda sebaik sahaja akaun anda diaktifkan (1 hari Bekerja).
     
  • Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses pendaftaran?
    1 hari Bekerja
     
  • Apakah syarat-syarat pendaftaran?
    a) Mesti berumur 12 tahun dan ke atas
    b) Salinan kad pengenalan/passport
    c) Akaun Bank yang dimiliki sendiri
     
  • Bagaimana untuk merujuk kawan-kawan anda untuk mendaftar?
    a) Anda boleh menyalin pautan rujukan kepada mereka
    b) Anda boleh menghantar e-mel/berkongsi pautan di media sosial kepada mereka
    c) Anda boleh melaksanakan pendaftaran secara manual
     
  • Bagaimana saya boleh memilih Nombor VIP sekiranya saya membeli Premium T.A.S.K
    Pilih Nombor VIP dari senarai/carian Nombor semasa pendaftaran dibuat.
AKAUN AHLI TRONEXUS
  • Bagaimana saya boleh log masuk ahli akaun Tronexus?
    a) Setelah menjadi ahli, layari Laman Web Keahlian yang dinyatakan kepada anda.
    b) Masukkan ID Ahli Tronexus anda (nombor telefon bimbit Tronexus) dan kata laluan.
     
  •  Bagaimana untuk menyemak rangkaian saya?
    a) Masuk ke Laman Web Keahlian
    b) Masukkan ID Ahli anda (Nombor telefon bimbit tronexus anda) dan kata laluan.
    c) Klik "Rangkaian", kemudian pilih "Urus Rangkaian" atau "Treeview Rangkaian".
     
  • Bagaimana untuk menyemak transaksi Mata Bonus?
    a) Masuk ke Laman Web Keahlian
    b) Masukkan ID Ahli anda (Nombor telefon bimbit tronexus anda) dan kata laluan.
    c) Klik "Dompet", kemudian pilih "Urus Mata Bonus".
     
  • Bolehkah saya mendapat bayaran balik keahlian saya, jika saya membatalkannya?
    Tidak, anda tidak boleh.
BONUS
  • Apakah keperluan minima untuk mendapatkan Bonus Prestasi?
    a) Tambah nilai sebanyak MYR 10 setiap bulan untuk ahli T.A.S.K Basic
    b) Tambah nilai sebanyak MYR 30 setiap bulan untuk ahli T.A.S.K Standard
    c) Tambah nilai sebanyak MYR 50 setiap bulan untuk ahli T.A.S.K Premium
     
  • Apa yang anda boleh lakukan dengan bonus yang diperolehi?
    Samada anda boleh menukarkannya kepada wang tunai, menebus baucar dan menebus untuk tambah nilai
     
  • Adalah "Pemindahan Masa bual" dianggap sebagai Tambah Nilai?
    Tidak. Anda boleh memindahkan kredit masa berbual dengan mana-mana pelanggan Tronexus, bagaimanapun ia tidak akan dianggap sebagai tambah nilai.
     
  • Bagaimana untuk mengeluarkan mata bonus anda kepada wang tunai?
    Samada anda boleh pergi ke Ibu pejabat Tronexus atau mengeluarkan melalui sistem Tronexus.

  • Bagaimana untuk mengeluarkan mata bonus anda?
    Sistem Tronexus
    i. Anda sekarang boleh melakukan pengeluaran pada mana-mana hari bekerja.
    ii. Pengeluaran tunai anda akan diuruskan dalam tempoh 3 hari pekerjaan.
    Permohonan yang dibuat selepas jam 5 petang akan diproses sebagai permohonan hari bekerja yang berikutnya.
     
  • Adakah terdapat apa-apa caj untuk pengeluaran?
    Ya, anda akan dikenakan bayaran MYR 3 untuk setiap transaksi.
MOBILE NUMBER PORTABILITY (PERPINDAHAN/PERTUKARAN KE TRONEXUS)
  • Apakah syarat-syarat peralihan nombor ke Tronexus?
    a) Anda mestilah berumur 12 ke atas.
    b) Anda mesti mempunyai MyKad/Passport untuk pengesahan.
    c) Jika anda menggunakan pascabayar, anda perlu menyelesaikan semua bayaran terhutang / tertunggak dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda.
    d) Anda tidak terikat kepada apa-apa kontrak dengan pembekal perkhidmatan sedia ada.
    e) Talian mudah alih semasa anda masih aktif.
    f) Anda tidak disenaraihitamkan daripada mana-mana pembekal perkhidmatan mudah alih.
     
  • Bolehkah saya mendapatkan orang lain untuk mengemukakan permintaan saya?
    Tidak, hanya pemilik nombor telefon bimbit yang sah dibenarkan
     
  •  Adakah saya dapat untuk membuat panggilan selepas mengemukakan permintaan saya untuk beralih kepada Tronexus?
    Ya, talian anda akan terus beroperasi sepanjang proses pengalihan nombor. Anda akan dinasihatkan untuk menggantikan kad SIM anda sebaik sahaja proses itu selesai.
     
  • Saya sedang beralih kepada Tronexus daripada perkhidmatan prabayar lain. Adakah saya akan kehilangan semua kredit saya daripada akaun prabayar semasa saya?
    Ya, baki kredit anda tidak akan dipindahkan apabila anda bertukar kepada Tronexus. Kami menasihatkan anda untuk menggunakan ke semua kredit anda tetapi mengekalkan RM1 sebagai kredit minima sebelum pemindahan ke Tronexus.
     
  • Adakah saya perlu membatalkan perkhidmatan sedia ada sebelum saya masuk ke penyedia perkhidmatan baru?
    Tidak, anda tidak perlu. perkhidmatan sedia ada anda dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa secara automatik akan ditamatkan sebaik sahaja anda berjaya dialihkan kepada penyedia perkhidmatan yang baru.
     
  • Adakah saya perlu menggantikan kad SIM saya?
    Ya, anda perlu menggantikan kad SIM semasa anda dengan kad SIM Tronexus baru selepas proses peralihan itu selesai.
     
  • Adakah akan terdapat apa-apa kegagalan semasa peralihan / pertukaran ke Tronexus?
    Ya, permintaan anda mungkin akan ditolak oleh pembekal perkhidmatan mudah alih semasa anda jika:
    a) Anda mempunyai bil tertunggak / tertangguh.
    b) Anda disenarai hitam oleh pembekal perkhidmatan sedia ada.
    c) Anda masih terikat dengan kontrak dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda.
    d) Butir-butir pengenalan diri ahli adalah tidak betul / tidak lengkap.
    e) Talian semasa anda tidak lagi aktif.
    f) Anda tidak memberikan senarai penuh talian tambahan.
    g) Atau sebab-sebab yang lain
     
  • Adakah saya akan menerima sebarang pembayaran balik jika proses peralihan itu gagal?
    Tidak, Tiada bayaran balik bagi yuran pemprosesan yang telah dilakukan. Semak terlebih dahulu dengan operatpr sedia ada anda dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan mereka sebelum membuat peralihan / pertukaran.
     
  • Berapakah kos untuk beralih kepada Tronexus?
    a) Tiada caj dari pengguna Tron ke Tronexus.
    b) Yuran pemprosesan RM10 akan dikenakan bagi pengguna yang beralih daripada operator lain.
     
  • Adakah terdapat keperluan kredit minima untuk beralih kepada Tronexus?
    Ya, anda akan memerlukan kredit minima RM1 untuk bertukar ke Tronexus bagi pelanggan prabayar.dari operator lain.
     
  • Adakah terdapat apa-apa bayaran penalti jika saya mengambil keputusan untuk beralih keluar dari Tronexus?
    Tidak, tidak akan ada bayaran penalti jika anda memutuskan untuk beralih keluar dari Tronexus. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya 30 hari diperlukan sebelum peralihan kepada operator lain dan keahlian Tronexus anda akan ditamatkan.
     
  • Siapakah yang perlu saya hubungi untuk sebarang pertanyaan dan bantuan?
    Anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Tronexus di 1-300-800-188 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan dari jam 9 pagi hingga 6:00 petang pada hari bekerja (tidak termasuk cuti umum dan cuti umum gantian)
     
KAD SIM DAN TAMBAH NILAI
  • Apakah yang akan berlaku jika saya tersalah letak / kehilangan kad Tronexus SIM saya?
    Anda perlu pergi ke Pejabat Tronexus untuk mendapatkan kad gantian. Sila ambil perhatian bahawa bayaran mungkin dikenakan atas penggantian. Kad gantian hanya boleh dilakukan untuk nombor mudah alih yang telah diaktifkan.
     
  • Bolehkah saya melakukan tambah nilai di luar Tronexus?
    Ya. Anda boleh membuat tambah nilai anda di 7 -eleven, stesen minyak, dan lain-lain.
     
  • Berapa yang saya boleh tambah nilai?
    a) MYR 10
    b) MYR 30
    c) MYR 50
    d) MYR 100
     
  • Apakah kredit tambah nilai?
    Anda boleh mengkreditkan sejumlah wang dan menyimpannya di dalam akaun anda. Wang itu boleh digunakan untuk membuat tambah nilai untuk masa depan dengan menolak kredit dari akaun anda.
    Kredit minima adalah RM 100, kredit maksima adalah MYR 3000

PAKEJ TRONEXUS

Terdapat beberapa pakej keahlian (Tronexus Affiliate Starter Kit) yang ditawarkan, sama ada untuk penggunaan biasa atau untuk memulakan perniagaan anda.


1. Basic T.A.S.K - RM29.00

  • Tambah Nilai Tersedia RM10.00
  • Bonus Rujukan /Pimpinan /Prestasi
  • Bonus Prestasi adalah sehingga 15%
  • Khairat Kematian (RM1000)
2. Standard T.A.S.K - RM99.00

  • Tambah Nilai Tersedia RM30.00
  • Bonus Rujukan /Pimpinan /Prestasi
  • Bonus Prestasi adalah sehingga 20%
  • Khairat Kematian (RM2000)
3. Premium T.A.S.K - RM299.00

  • Tambah Nilai Tersedia RM50.00
  • Pilihan Nombor VIP
  • Bonus Rujukan /Pimpinan /Prestasi
  • Bonus Prestasi adalah sehingga 26%
  • Khairat Kematian (RM3000)

Naik Taraf

Untuk mendapat bonus yang lebih besar, ahli boleh menaiktaraf pakej dengan kadar bayaran yang kompetitif.


1. Basic ke Standard - RM80.

2. Basic ke Premium - RM280

3. Standard ke Permium - RM210.


JANA PENDAPATAN

Bonus

Tronexus menawarkan bonus dan kelebihan, iaitu :

  1. Bonus Rujukan - Rekrut dan daftar ahli baru, lebih banyak rujukan, maka lebih banyak bonus.
  2. Bonus Pimpinan - Setiap kali mendaftar 5 orang ahli menyertai pakej yang sama dibawah anda.
  3. Bonus Prestasi - Kekalkan tambah nilai minimum pada akaun anda setiap bulan. Serendah RM10.00 sahaja.
  4. Sumbangan Amal - Pakej Standard & Premium T.A.S.K akan diberi pilihan memberi sumbangan amal ke organisasi pilihan
  5. Khairat Kematian - Khairat kematian untuk ahli Tronexus.
  6. Mata Ganjaran dan Baucar - Penebusan kepada pelbagai ganjaran dan hadiah yang ditawarkan termasuk Wang Tunai dan Tambah Nilai.
  7. Insentif Lain - Pelbagai acara yang dianjurkan dari semasa ke semasa, khusus untuk ahli Tronexus.

 Bonus yang telah dikumpulkan boleh dikeluarkan setiap hari.

Risiko Pelaburan

Modal Yang Rendah
Modal permulaan yang rendah, hanya dari RM29.00, anda boleh mula menjana pendapatan dengan Tronexus. Hanya sekali daftar, anda boleh memulakan perniagaan, samada secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut fleksibiliti anda.

Risiko Yang Rendah
Risiko yang rendah serta mudah untuk dimulakan. Dan sekiranya ia berdaya maju, anda boleh menaik taraf keahlian anda ke pakej yang lebih tinggi dikemudian hari. Hanya perlu tambah nilai. Tiada paksaan untuk menjual.

Potensi Yang Besar
Bayaran bonus diberikan adalah dari 15% (Basic) sehingga 26% (Premium) dari tambah nilai bulanan ahli dibawah bagi 8 Level. Boleh menjana pendapatan sehingga RM48,000.00 sebulan.

Program Yang Mudah
Setelah menjadi ahli, ahli akan diberikan pautan (URL) untuk dipromosikan. Kongsi URL tersebut di media sosial, dan mulakan perjalanan anda. Ahli juga boleh merangka program yang lebih komprehensif untuk penjanaan pendapatan yang lebih besar

Pengurusan Mudah

Tronexus menyediakan pengurusan yang mudah, melalui:

Web Pengurusan
Web Pengurusan menyediakan 'dashboard' untuk memudahkan ahli menguruskan perniagaan dan memantau penggunaan secara setempat.

Aplikasi Mudah Alih
Aplikasi Mudah Alih untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet juga disediakan untuk memudahkan ahli memantau perniagaan. Tersedia untuk platform iOS (Apple) dan Android.

Pengurusan Automatik
Hanya promosikan pautan yang diberikan. Semua downline akan diletakkan secara automatik. Antaramuka pembayaran dan penghantaran Kad SIM juga diuruskan oleh syarikat.

Contoh Pengiraan Bonus Rujukan dan Bonus Pretasi

BASIC T.A.S.K - RM29.00

STANDARD T.A.S.K - RM99.00


PREMIUM T.A.S.K - RM299.00






INTERNET

Harian
RM 1 - 30 MB

Mingguan
RM 5 - 150MB

Bulanan
RM10 - 300MB
RM18 - 600MB
RM25 - 1.GB
RM35 - 1.5GB
RM68 - 4GB
RM49/3GB** (Promosi)

Percuma Internet "Basic' setelah kuota anda habis sehingga tamat tempoh pelan data anda. Secara teorinya, anda masih lagi boleh menggunakan data pada kelajuan yang dihadkan untuk bersembang secara teks melalui whatsapp/wechat.

KADAR PANGGILAN

Tronexus Ke Tronexus

Panggilan - PERCUMA
SMS - 7sen/SMS
MMS - 30sen/MMS

Ke Rangkaian Lain

Panggilan - 20sen/minit
SMS - 10sen/SMS
MMS - 30sen/MMS

15 Keluarga & Kawan

Panggilan - 16sen/minit
SMS - 8sen/SMS
MMS - 27sen/MMS

Perkhidmatan USSD *129# 
untuk pengurusan akaun prabayar anda.


KELEBIHAN TRONEXUS

Panggilan Percuma Tronexus ke Tronexus

Panggilan Tanpa Had Percuma diantara Tronexus 

Panggilan boleh dibuat sepanjang akaun aktif dan panggilan masih boleh dibuat setelah kredit habis.

Dapatkan untuk diri anda dan ahli keluarga atau orang tersayang dan hubungi mereka secara percuma.

Tempoh Sah Panjang

Aktif untuk tempoh 365 hari.

Sesuai digunakan bagi talian kedua sekiranya anda memiliki telefon pintar dengan kemudahan 'dual-sim'. Boleh digunakan untuk mendapatkan penjimatan dengan tawaran panggilan percuma, tempoh yang panjang dan komitment yang rendah.

Anda tidak perlu risau lagi talian anda tamat tempoh


Tambah Nilai

Tambah Nilai di 

kedai serbaneka, stesen minyak, pasaraya dan perbankan dalam talian.

Tempoh aktif bagi semua denominasi tambah nilai (RM10, RM30 dan RM50) adalah untuk tempoh 365 hari.

Kekal aktif lebih lama dengan tambah nilai yang minimum.


Liputan Yang Luas


Tronexus menggunakan perkhidmatan Tron sebuah Operator Mudah Alih Maya (MNVO) yang menggunakan
 Perkhidmatan DiGi.

Anda boleh mendapat liputan diseluruh Malaysia. Semak liputan di sini.

APA YANG TRONEXUS TAWARKAN

Penjanaan Pendapatan Pasif

Tronexus menyediakan peluang untuk memulakan perniagaan anda sendiri dan menjana pendapatan tambahan pasif. Terdapat bonus dan ganjaran yang anda boleh perolehi.

Kegunaan Sendiri & Keluarga

Dengan tawaran tempoh aktif yang panjang serta panggilan percuma, ia amatlah sesuai untuk kegunaan sendiri dan keluarga atau orang tersayang untuk mendapatkan penjimatan maksimum, disamping menjana pendapatan tambahan pasif

Konsep Perniagaan

Panggilan
SMS
Data
Bonus Rujukan
Bonus Prestasi
Bonus Pimpinan
Sumbangan Amal
Khairat Kematian
Insentif Lain